Official InstaGram

Saturday, 19 December 2015

EXPLORING BUKIT BATU CONDONG KEMENSAH


Catatan si penulis bebas
Muhammad Azrul Hambali Bin Ghazalli

Kembara Kedua
Lokasi: Bukit Batu Condong Kemensah Lembah Klang
Tarikh: 11 Disember 2015 (Jumaat)

Assalamualaikum, hai hai hai.. Agak kelewatan sebenarnya berkongsi cerita untuk pengembaraan bukit ini.. Maklumlah, kesibukan itu telah membataskan untuk aku menulis sesuatu kenangan. Ceritanya telah berlalu seminggu yang lalu. Tapi tak mengapa, this is the initiative aku untuk bercerita dan mengarang juga walaupun agak kelewatan.

Nak di jadikan sebab dan cerita, kami ini bekerja di kawasan selangor.. Jadi kebetulan jumaat adalah "Sultan Selangor Birthday".. amek kau.. cuti kot.. bosan.. tak tahu nak buat apa.. Jadi hiking laa sikit.. :) On our first planned before adalah nak naik Bukit Tabur Far East.. Haaa, so awat tetiba pi BBC pulak?? BBC tu Bukit Batu Condong taw :p Kisah dia lagu ni.. Memang kami bertiga (aku, shah dan atikah) dah get ready on the road go to Bukit Tabur, before we hiking of course we need some energy.. so we stop at the stall first to take our breakfast.. 

Gagah siot aku makan nasi lemak bersambal, lagi-lagi nampak sambal sotong :) perut ini dah la cepat memulas kalau makan sambal.. Ok back to the topic, makan punya makan terserempak pula dengan kawan kepada kawan shah iaitu jabar dan eka. Mereka pon nak hiking tapi di BBC.. Ohh, apa lagi, cantik laa tu, ada geng.. so kami kata kalau kami follow skali.. Mereka On, kami lagi ONNN.. 

We start hiking at the starting point at 9.00AM.. wehh, tapi cheq habaq awal-awal naa... sini punya tempat banyak nyamukk oooo... so pakai lah baju bertutup dari muka sampai bawah :p Untuk sampai ke puncak tak adalah core sangat.. trek dia biasa-biasa tapi korang akan rasa beban kaki makin bertambah berat.. tapi tak mengapa korang sure mampu sampai ke puncak berketinggian 285 meter ini kurang dari 30 minit.. Kami ambil masa 30 minit untuk sampai atas.. :)

Korang akan jumpa laluan permulaan iaitu trek untuk laluan ATV.. Kemudian laluan semak samun di kiri dan kanan anda.. Kemudian terasa redup kerana laluan di kiri dan kanan serta atas kepala anda penuh dengan pokok-pokok buluh... (pandai-pandai berpijak ya, be careful and mind your step ya brother and sister).. kemudian dah jumpa batu untuk laluan trek anda.. bila jumpa batu makanya korang takkan lagi jauh berjalan untuk sampai kepuncak.. sebelum nak daki puncak tu.. Korang harus memanjat dahulu batu.. But do not worry about that sebab telah disediakan tali untuk menjadi bahan pemegang (hold).. Tapi, jaga-jaga setiap pijakan korang.. korang boleh dengar arahan dari kawan yang berada di bawah, but jangan lepaskan tali itu ok :)

Setelah berjaya, korang bolehlah keliling dengan puncak itu.. TAHNIAH dan mula keluarkan HP, camera korang untuk 1 2 3... selfie and wefie beramai-ramai.. :)





















TERIMA KASIH KENANGAN

Tuesday, 8 December 2015

KONVOKESYEN UUM KE-28


Catatan si penulis bebas
Muhammad Azrul Hambali Bin Ghazalli

Event Pertama
Lokasi: Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah
Tarikh: 26 October 2015 (Isnin)

Assalamualaikum, sengaja untuk mengimbau memori serta kenangan tercipta sebagai seorang bekas pelajar yang berjaya menamatkan sesi pengijazahan sarjana muda. Perkara ini telah pun berlaku dan telah dilalui dengan perlbagai cabaran serta halangan. Namun buat insan yang tidaklah pandai dalam bidang akademik 100% ini cuba melawan arus untuk menamatkan segala cerita.

Nak imbau kisah yang lepas memang tak larat nak menaip.. terlalu banyak kisah dan cerita.. ada sedih.. ada gembira.. ada payau.. ada manis.. ada pahit.. ada peristiwa berdarah dan perkataan yang masih berlegar di ruang minda sehingga hari ini adalah "MANGKUK" I'm still remembering about that issues.. But it's really ok because i'm already known as UUM alumni.


Tiada jalan yang mudah
Tuju cita-cita
Selama kaki melangkah
Dugaan menderap
Untuk miliki sesuatu yang berharga
Harus berani yakin dan tabah
Menghadapi segala..


Andainya beburung terbang kerana sayapnya
Aku terbang menerjah awan
Demi hasrat membara
Gunung dan ganang
Lautan yang terbentang
Hanya sesayup mata memandang
Bukanlah halangan


Hanya yang kuinginkan
Rampaian doa
Agar tiap langkah
Diiringi restu semua


TERIMA KASIH KENANGAN

Monday, 7 December 2015

EXPLORING GUNUNG BEREMBUN JELEBU

Catatan si penulis bebas
Muhammad Azrul Hambali Bin Ghazalli

Kembara Pertama
Lokasi: Gunung Berembun Jelebu, Negeri Sembilan
Tarikh: 6 Disember 2015 (Ahad)

Assalamualaikum, sebagai cerita untuk entry permulaan ini.. YES!! aku saja nak berkongsi cerita yang semalam aku berjaya menawan puncak di Gunung Berembun, Seremban. Alhamdulillah, kami bersama 25 orang yang terdiri dari abang-abang dan kakak-kakak yang berjiwa kental dan hebat. Aku sebagai permulaan yang baru sahaja mencuba dunia hiking rasa happy sebab dapat bersama-sama mereka menjelajah until reach at the top of mountain. 

Aku nak keluarkan tips or terms about hiking memang aku tak fasih because this is my first time experiences join the event. What just can i say about it.. REALLY AWESOME..!! Ohh, kami memulakan perjalanan keluar dari rumah jam 4.30am bersama adik dan kawan (shah) ke tempat meet point kami di Masjid Pekan Pantai.. Kami tiba di masjid berkenaan jam 6.20am, solat subuh disana dan menunggu semua ahli yang lain di sini sebelum kami memulakan misi pendakian.. Selesai breakfast, briefing and stretching.. Maka bermulalah pengembaraan kami tepat jam 8.30am..

08.30 AM
Titik permulaan di Logi Rawatan Air Pantai sehingga ke Lata berembun.. Mengambil masa selama 45minit berjalan menuju ke lata berembun. Dalam perjalanan ia agak cerun dan perlu menjaga setiap langkah kaki. Mendengar deruan air yang mengalir satu kenikmatan.

09.25 AM
Kami meneruskan perjalan menuju ke Gua Kambing. Untuk berjalan ke Gua Kambing, perjalanannya masih sama.. Banyak halangan yang perlu ditempuhi semasa di dalam perjalanan.. Kami mengambil masa selama 1jam 10minit untuk sampai ke Gua Kambing.

11.25 AM
Selesai berehat di Gua Kambing, kami meneruskan lagi perjalanan kami untuk menuju ke puncak yang kami inginkan iaitu di Gunung berembun Jelebu (1014m/3326feet). Untuk menuju ke puncak ini, perjalanannya agak mencabar kekuatan ketahan kaki. Agak sakit dan lenguh kaki untuk bertahan semasa perlu mendaki kawasan yang agak cerun dan tanah yang licin. Tetapi semuanya berjaya ditempuh. Kami tiba dipuncak pada jam 12.20pm, iaitu mengambil masa selama 55minit. Muka semua senyu lebar bila berjaya sampai ke puncak.. Sampai di puncak ini, kami terus menyediakan bekalan yang di bawa untuk memberikan tenaga sebelum kami meneruskan lagi perjalan untuk ke "aircraft crashed area" di Gunung Telapak Buruk.

01.15 PM
Setelah selesai berehat dan mengisi perut, kami memulakan perjalanan kami untuk melihat kawasan nahas bagi aircraft crashed area di mana semasa perang dunia kedua berlaku. Perjalanan ia agak rata pada permulaannya, seterusnya mula menurun dan memanjat semula.. Halangan seperti pokok-pokok lama yang tumbang, akar-akar pokok dan serta semak-semak membuatkan perjalanan itu sedikit mencabar.. Kami sampai pada jam 2.26pm, mengambil masa 1jam 6minit untuk sampai ke kawasan nahas berkenaan.




















TERIMA KASIH KENANGAN