
ENTRI kali ini menyusul dari kisah kesinambungan saya yang menunggu hampir 2 BULAN akan keputusan yang tidak terduga.
Tapi, kita cerita-cerita dulu perkara selepas menghadapi temuduga itu. Nak dijadikan cerita selepas temuduga tersebut, saya amat percaya kepada rezeki, jika saya sudah berikan sehabis baik dan saya yakin akan ada sesuatu kegembiraan nanti. Sepanjang tempoh menunggu, memang adalah suatu detik yang cukup mencemaskan. Tapi kali ini, orang sekeliling saya lagi mencemaskan suasana.. Sikit-sikit tanya saya:-
"bila keputusan temuduga tempoh hari nak keluar?" (dengan tenang, saya tak pasti, insha'allah tunggu saja)
"Aku percaya weh kau boleh dapat?" (saya ameeenn kan)
Situasi lepak dengan sahabat dan keluarga mesti setiap masa akan bertanyakan perihal ini.. Dari saya tidak memikir terus terfikir apakah keputusannya nanti.. Tapi saya optimiskan diri dan bersangka baik. Insha'Allah mungkin rezeki.. Tak tergambar sebab instinct saya kuat sangat, mungkin kerana saya sangat berpuas hati dengan diri sendiri semasa temuduga itu berlangsung dulu.. Sebab saya merasakan semangat berbeza dari temuduga kerajaan sebelum-sebelum ini.
Malam itu saya lepak dengan sahabat di Mcdonald Kajang, kebetulan ambil sahabat dari TBS. Kami lepak bercerita macam-macam kisah sampailah satu bahagian sahabat berkata secara tiba-tiba "Instinct aku kuat weh mengatakan ko akan dapat, sebab aku dapat rasakan positive vibe tu ada pada kau" saya yang tiba-tiba dengar, "aik kenapa tukar topik lain ini? kau buat aku rasa was-was.. dari tak fikir jadi memikir pula, aku kan memang selalu positif.. apa-apa pun aku doakan sahaja semoga apa yang kau perkatakan itu makbul".. Tersentak saya tapi selera makan dengan ayam goreng masih berselera :)
Tentang ibu dirumah, jangan diperkatakan setiap detik dan saat akan menanyakan selalu dan selalu.. Terima kasih ibu sentiasa menanyakan sampai saya tidak bisa berkata apa-apa lagi melainkan "tak lama lagi keluarlah tu nanti".. Tapi ibu sentiasa akhirkan kata "Insha'Allah, ada rezeki anak bujang ibu tu.. berdoa sahaja moga diperkenankan"
Jujurlah saya katakan, inilah sesuatu yang saya impikan.. Saya belajar untuk terima dan berikan segalanya yang saya ada.. Saya cuba taruhkan sebuah cita-cita supaya ia menjadi impian yang nyata suatu masa nanti.. Harapan saya memang meninggi ketika ini. Setiap dalam sujud akhir saya, tak pernah berhenti berdoa supaya DIA titipkan rasa kejayaan itu buat saya, lembutkan hati panel dalam penilaian, nampakkan bakat dan semangat saya sebagai seorang pendidik, begitu juga dengan calon-calon yang berpotensi yang lain semoga terpilih.. Hari-hari saya ulang ayat yang sama.. Saya sudah berdoa, berusaha, berikhtiar dan akhirnya saya berserah dan tawakal atas segala keputusan dan ketentuan.. Cehhh ayat PADU betul!! tapi jujur itulah saya buat.. sampai satu masa jadi tenang menjawab apa sahaja pertanyaan keluarga dan sahabat-sahabat dengan ungkapan yang positif dan akhirnya mendoakan yang baik-baik.
Hari itu... dah genap 2 bulan... saya dah lali jadi lupa.. Dekat pejabat dapat whatsapp dari sahabat "Arol jom lunch sama, lama dah tak lunch dengan ko".. saya kata "Ok, tapi kita lepak mamak ya.. aku nak aircond.. hehe".. Lepas habis makan, terus sahabat terdetik bertanya.. "Weh result ko apa cerita??".. masa tu 01/10/2019.. "dah dua bulan juga ni masih belum ada khabar berita, sikit masa lagi kot".. sahabat berkata "Insha'Allah, ada lah tu nanti".. walhal pagi tu saya baru buka website SPP tengok masih tiada dalam PENGUMUMAN RASMI.
02/10/2019 (RABU) - 7.30 PM
Malam itu, saya betul-betul baru sahaja sampai rumah balik dari kerja.. Letih badan memandu dari jam 6.10 PM hingga 7.30 PM pun tak hilang lagi penatnya.. Notification berbunyi tinggggggggg!! oppss siapa messenger ni.. secret admirer kah?

Ya Allah, berdegup kencang dan laju :) Allahu, dugaan apa ini.. Nervous kian memuncak.. saya tekan sahaja link sahabat berikan itu.. dan masukkan NO IC dan tekan SEMAK. Tangan saya menutupi keseluruhan screen telefon pintar..
Sepanjang saya habis sekolah dari tahun 2008 sehingga 2019.. sudah berpuluh-puluh jawatan dari pegawai sehingga ke penolong pegawai dan pelbagai kementerian kerajaan saya hadiri untuk temuduga, ujian fisikal, ujian bertulis/berkomputer.. Tapi paparan di skrin bagi keputusan yang saya perolehi semuanya tertera DUKACITA.
TAPI kali ini.. saya mulai alihkan tangan sedikit demi sedikit.. dan berasa hairan kenapa panjang penuh satu skrin telefon.. Saya alihkan lagi sehinggakan terpanah dengan satu perkataan TAHNIAH!!

Allahuakbar, betulkah apa yang saya lihat didepan mata sekarang ini??.. terus saya lari mendapatkan ibu yang baru sahaja masuk dalam toilet.. aku terus "Ibu, keluar kejap ada berita nak share ni".. Ibu pun kalut terus cakap kenapa ni.. "kenapa mata berair dan merah ni?".. terus saya tunjuk telefon.. "ibu, ee berjaya dalam temuduga hari tu..." terus air mata berair lalu peluk ibu.. Ibu pun turut sebak dan tahniah untuk anak bujangnya.. lalu ibu berkata panjang "Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk anak bujang ibu.. Allah bagi apa yang anak bujang ibu impikan selama ini.. Ada sebab dulu kenapa tak dapat sebab Allah nak bagi peluang untuk rezeki ini.. Pergilah dan berbaktilah untuk bakal-bakal pelajar nanti.. Didiklah mereka dengan cara yang berhemah dan jangan sesekali membeza-bezakan pelajar.." Terus dapat nasihat dari syurga saya :) ALLAHU, rezeki ini bukanlah dari hasil usaha saya seorang tapi berkat kuasa doa dari seorang IBU yang sentiasa mendoakan perjalanan anak-anaknya.. Saya tahu, bukan saya seorang sahaja yang gembira dan bersyukur.. Malah ibu lah yang paling gembira dengan kejayaan anaknya.. Saya percaya bukan doa saya sahaja yang melayakkan saya mendapat tempat ini tapi doa seorang ibu yang ALLAH angkat dan makbulkan.. Saya cuma menumpang rezeki ini atas doa-doa ibu.. Rezeki ini untuk seluruh keluarga dan sahabat-sahabat saya yang mendoakan.. Terima Kasih berikan saya kata-kata semangat dari permulaan kerjaya saya sehingga memperolehi buah kejayaan termanis dalam hidup saya..
INSYA'ALLAH.. saya bersedia untuk berkongsi ilmu kepada semua bakal pelajar saya nanti.. Saya akan cuba sedaya upaya untuk berikan mereka galakan dan semangat terutama sekali dari segi lahiriah menjadi manusia yang dapat menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara.. Ameenn :)
Sekian sahaja perkongsian berita gembira ini kepada seluruh pembaca :)
"Bila kita mengingikan sesuatu, jangan anggap ianya susah.. mudahkan sesuatu dan sentiasa positif ke atas diri sendiri untuk mencapai apa yang dihajati.. Sungguh benar untuk mendapatkan sesuatu jalannya panjang dan sukar, tapi manisnya tetap ada bila dipengakhiran jalan.. Berdoa, jangan mudah kalah dan lelah selagi kita berusaha.. cuba dan buktikan untuk dapatkan senyuman yang paling manis" Azrul Hambali
tahniah .. rezeki awak ;)
ReplyDelete