Official InstaGram

Thursday, 21 November 2019

PANGGILAN TEMUDUGA PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41



Pembuka ENTRI saya dengan sebuah pengalaman manis setelah bertahun-tahun sepi dari sebarang kemas kini. Alhamdulillah, masih ingat Password.

Saya teruskan ya..
Alhamdulillah, pada 10 Julai 2019 saya menerima satu SMS dari SPP yang menyatakan saya berjaya dipanggil temuduga di Putrajaya. Syukur sangat-sangat apabila diberi peluang bahkan ini adalah impian saya dan cita-cita yang tertanam sejak di bangku sekolah untuk menjadi seorang pendidik. Sebelum meneruskan, saya singkatkan cerita yang mana pada tahun 2012 saya pernah merasa kecewa yang teramat sangat dan betapa punahnya cita-cita saya apabila telah gagal menempatkan diri dalam temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). ISMP ini adalah ijazah dalam bidang pendidikan di Universiti Awam, bagi pelajar yang menamatkan pengajian ini akan berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Menengah mahupun Kolej Vokasional. Allahu, mungkin Allah atur corak dan perjalanan yang lain buat saya. Saya positif dengan kata-kata untuk membina diri dan impian.


10/07/2019 - 22/07/2019
Saya pergi ke website SPP untuk memeriksa slip, temuduga saya dijadualkan pada 23/07/2019 pada jam 7.30 am. Sepanjang masa yang ada hampir dua minggu, saya mulakan pencarian bahan melalui google dan juga saya terus menghubungi beberapa orang pensyarah untuk memberikan tips-tips berguna untuk menghadapi hari-hari temuduga kelak. Alhamdulillah dengan bantuan pensyarah-pensyarah dan juga hasil carian di google saya mulakan dengan menulis di dalam kertas kosong A4 (saya ini memang jenis suka menulis, makanya saya akan tulis apa saja yang saya baca di atas kertas A4). Dan saya memang tidak pernah menyedari kehadiran group telah diwujudkan di telegram bagi calon yang mendapat panggilan temuduga ini. Mesti lagi padu maklumat yang dikongsikan dalam group itu. 

Makanya ini hanya sekadar maklumat sendiri yang saya cari. Antara bentuk hasil carian yang saya fokuskan adalah seperti berikut:-
  • Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
  • Apa itu Politeknik secara keseluruhan
  • Apa itu Kolej Komuniti
  • Apa yang mereka buat? kursus, bidang, sijil-sijil
  • Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Industrial Revolution 4.0 (I.R - 4.0, 3.0, 2.0 & 1.0)
  • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PPPM)
  • Falsafah Pendidikan Negara (Sekadar ambil tahu)
  • Transformasi Pendidikan
  • Isu-isu semasa dan sedikit politik (Sekadar ambil tahu)
  • Bidang Tujahan (Saya prepare logistics, walhal IV saya untuk bidang pengajian perniagaan)
Itulah antara point-point yang saya menelaah selama hampir 2 minggu demi persediaan menghadapi temuduga SPP. Bila status berkerja ini kekangan masa untuk membuat persiapan itu agak minimum sedikit. Tapi suka untuk saya ingatkan kepada semua yang bakal menghadiri temuduga, etika berpakaian haruslah mengambil kira. Saya fokuskan lelaki kerana saya lelaki (Berkemeja, Seluar Slack Hitam, Tali Pinggang, Tali Leher, Berkasut Hitam, Nama Tag). Ini adalah perlu kerana kita memohon bagi penjawatan awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional.

Sijil-sijil Original perlu disusun rapi di dalam file mengikut checklist yang diberikan pihak SPP (print di website), begitu juga dengan salinan. Selain File, saya juga menyediakan satu portfolio mengenai diri saya (Resume, Pengalaman, Penglibatan dan juga Kejayaan yang pernah diperolehi sepanjang pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda)

23 JULAI 2019 (Hari kejadian)

Saya bangun tidur luar dari kebiasaan rutin iaitu jam 4.00 AM (sebenarnya tak boleh lelap mata kerana di minda terlalu banyak berfikir apa yang bakal ditanya oleh panel). Saya keluar rumah jam 6.15 AM, sepanjang perjalanan saya kosongkan minda dan fokus kepada pemandu, walhal saya bawa sungguh perlahan untuk mengatasi tahap gementar. Saya jarang breakfast (cuma beli air minirel, roti, gula-gula). Saya sampai dan park jam 7.00 AM, lihat sudah berbaris panjang calon-calon diluar. Jam 8.10 AM baru selesai dapatkan pass (dekat sini mesti tinggalkan lesen, diambil gambar dan juga no-telefon). Berjalan menuju ke bangunan SPP, 8.20 AM masuk ke bilik menunggu dan melakukan proses penyerahan file. Tapi sedikit menunggu dari 8.20 AM sehingga jam 2.15 PM baru nama saya dipanggil untuk masuk ke dalam Bilik Temuduga 8 dan untuk pengetahuan saya di kelompok yang paling akhir (Saya jenis malas nak menunding jari kepada sesiapa dan apa sebab lambat, cuma saya positif kan diri dan mungkin menjadi satu asbab atas kesabaran menunggu sebelum menemui kejayaan ini).

JAM 2.15 PM - 4.00 PM (BILIK TEMUDUGA 8)

Bila sudah mula berbaris diluar pintu bersama calon-calon yang lain. Jujur cakap memang tersangatlah gementar dari luaran tapi terus terang dari dalaman sungguh bersemangat (mungkin sebab terlalu lama menunggu). Tiba masa untuk menonjolkan diri, Ketuk pintu lalu masuk dalam (beri salam atau hormat kepada panel) menuju ke tempat duduk masing-masing. (Ada calon yang nervous dan lalu terduduk terus, ingatnya sahabat-sahabat.. walau IV dimana sekalipun, jangan terus duduk.. Tunggu sampai diarahkan atau kita minta izin untuk duduk).

Sesi terus bermula dengan memperkenalkan diri masing-masing (nama, tarikh lahir, tempat lahir, ijazah sarjana muda, tahun graduasi, pengalaman kerja dan pekerjaan sekarang). Dari situ aku menjual semua pengalaman industri yang ada bermula dari menjadi Tenaga Pengajar di Kolej Swatsa, Malindo Airways Sdn Bhd, Tropicana Medical Centre/Thomson Hospital Kota Damansara dan Siti Khadijah Group Sdn Bhd. Saya pun nak detailkan sesuatu soalan yang diberikan ketika itu, mungkin ingat-ingat lupa, apa yang saya boleh berikan seperti dibawah ini:-
  • Fahamkan apa itu KBAT.. adakah anda sudah bersedia untuk menerima pelajar ini? (pemikiran jauh luar dari kotak, ada banyak fasa.. huraikan dari 1 sampailah akhir) boleh google :)
  • Apakah tindakan atau kaedah untuk terima pelajar ini nanti (sesuatu dalam pembelajaran)
  • TVET? Fahamkan.. (peranan, fungsi, pencapaian, skala, dll)
  • FIN TECH dalam arena global, cashless, BitCoin (libatkan diri dalam transaction seharian, easy to connect, networking sangat close with us)
  • PPPM (baca, kalau boleh fahamkan beberapa pelan yang ada)
  • I.R 4.0 adakah Malaysia sudah bersedia? Pendapat dan Kenapa (Olahkan dari I.R 1 hingga I.R 4.0)
  • Lain-lain soalan spontan berkait rapat politeknik dengan isu-isu di atas.
  • Pengurusan, kursus dan lain-lain (untuk melatih kemahiran tenaga pengajar dalam pembelajaran dan juga pengalaman industri). (saya jual nama Malindo Airways dengan kursus dan latihan yang pernah hadir)
  • Pendidik? Kenapa? (saya jual juga pengalaman saya selama 1 tahun 8 bulan sebagai Tenaga Pengajar di Kolej Swasta)
  • Soalan berkaitan bidang, ada laa dalam 2 3 soalan tapi saya kaitkan dengan isu-isu yang ditanyakan diatas.. 1) Pengajian Perniagaan 2) Aspek Pengurusan Industri yang boleh digambarkan dalam situasi pembelajaran 3) Pengurus dan Keusahawanan (waktu ini saya jual nama Siti Khadijah Group Sdn Bhd, nak mak teringin nak pakai telekung siti khadijah)
  • Rujuk website SPP dan tahu serba sedikit fasal SPP dan JPPKK.
  • Kalau boleh bahasa gunakan terms2 bahasa pengurusan dan keluarkan segala ilmu dan juga pengalaman yang diperolehi di dalam industri. Insha'Allah benda-benda ini sangat membantu disamping menjadikan kita lebih berani dan melontarkan pendapat dan idea.
Akhir kata, saya puas hati dengan diri saya. Saya cuba menjadi luar biasa walaupun saya cua orang yang biasa. Terima Kasih kepada Panel SPP dan wakil Politeknik menyantuni kami dari awal hingga akhirnya. Pengalaman manis seumur hidup :)

Semoga bermanfaat untuk kalian yang membacanya dan kepada yang mendapat panggilan temuduga SAYA DOAKAN KHABAR KEJAYAAN MENGIRINGI KALIAN :)

Tunggu ENTRI yang seterusnya jika rajin tangan ini menulis :)

No comments:

Post a Comment