Catatan si penulis bebas
Muhammad Azrul Hambali Bin Ghazalli
Kembara Pertama
Lokasi: Gunung Berembun Jelebu, Negeri Sembilan
Tarikh: 6 Disember 2015 (Ahad)
Assalamualaikum, sebagai cerita untuk entry permulaan ini.. YES!! aku saja nak berkongsi cerita yang semalam aku berjaya menawan puncak di Gunung Berembun, Seremban. Alhamdulillah, kami bersama 25 orang yang terdiri dari abang-abang dan kakak-kakak yang berjiwa kental dan hebat. Aku sebagai permulaan yang baru sahaja mencuba dunia hiking rasa happy sebab dapat bersama-sama mereka menjelajah until reach at the top of mountain.
Aku nak keluarkan tips or terms about hiking memang aku tak fasih because this is my first time experiences join the event. What just can i say about it.. REALLY AWESOME..!! Ohh, kami memulakan perjalanan keluar dari rumah jam 4.30am bersama adik dan kawan (shah) ke tempat meet point kami di Masjid Pekan Pantai.. Kami tiba di masjid berkenaan jam 6.20am, solat subuh disana dan menunggu semua ahli yang lain di sini sebelum kami memulakan misi pendakian.. Selesai breakfast, briefing and stretching.. Maka bermulalah pengembaraan kami tepat jam 8.30am..
08.30 AM
Titik permulaan di Logi Rawatan Air Pantai sehingga ke Lata berembun.. Mengambil masa selama 45minit berjalan menuju ke lata berembun. Dalam perjalanan ia agak cerun dan perlu menjaga setiap langkah kaki. Mendengar deruan air yang mengalir satu kenikmatan.
09.25 AM
Kami meneruskan perjalan menuju ke Gua Kambing. Untuk berjalan ke Gua Kambing, perjalanannya masih sama.. Banyak halangan yang perlu ditempuhi semasa di dalam perjalanan.. Kami mengambil masa selama 1jam 10minit untuk sampai ke Gua Kambing.
11.25 AM
Selesai berehat di Gua Kambing, kami meneruskan lagi perjalanan kami untuk menuju ke puncak yang kami inginkan iaitu di Gunung berembun Jelebu (1014m/3326feet). Untuk menuju ke puncak ini, perjalanannya agak mencabar kekuatan ketahan kaki. Agak sakit dan lenguh kaki untuk bertahan semasa perlu mendaki kawasan yang agak cerun dan tanah yang licin. Tetapi semuanya berjaya ditempuh. Kami tiba dipuncak pada jam 12.20pm, iaitu mengambil masa selama 55minit. Muka semua senyu lebar bila berjaya sampai ke puncak.. Sampai di puncak ini, kami terus menyediakan bekalan yang di bawa untuk memberikan tenaga sebelum kami meneruskan lagi perjalan untuk ke "aircraft crashed area" di Gunung Telapak Buruk.
01.15 PM
Setelah selesai berehat dan mengisi perut, kami memulakan perjalanan kami untuk melihat kawasan nahas bagi aircraft crashed area di mana semasa perang dunia kedua berlaku. Perjalanan ia agak rata pada permulaannya, seterusnya mula menurun dan memanjat semula.. Halangan seperti pokok-pokok lama yang tumbang, akar-akar pokok dan serta semak-semak membuatkan perjalanan itu sedikit mencabar.. Kami sampai pada jam 2.26pm, mengambil masa 1jam 6minit untuk sampai ke kawasan nahas berkenaan.

![]() |

TERIMA KASIH KENANGAN

No comments:
Post a Comment