Official InstaGram

Monday, 25 November 2019

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41


ENTRI kali ini menyusul dari kisah kesinambungan saya yang menunggu hampir 2 BULAN akan keputusan yang tidak terduga.

Tapi, kita cerita-cerita dulu perkara selepas menghadapi temuduga itu. Nak dijadikan cerita selepas temuduga tersebut, saya amat percaya kepada rezeki, jika saya sudah berikan sehabis baik dan saya yakin akan ada sesuatu kegembiraan nanti. Sepanjang tempoh menunggu, memang adalah suatu detik yang cukup mencemaskan. Tapi kali ini, orang sekeliling saya lagi mencemaskan suasana.. Sikit-sikit tanya saya:-

"bila keputusan temuduga tempoh hari nak keluar?" (dengan tenang, saya tak pasti, insha'allah tunggu saja)
"Aku percaya weh kau boleh dapat?" (saya ameeenn kan)

Situasi lepak dengan sahabat dan keluarga mesti setiap masa akan bertanyakan perihal ini.. Dari saya tidak memikir terus terfikir apakah keputusannya nanti.. Tapi saya optimiskan diri dan bersangka baik. Insha'Allah mungkin rezeki.. Tak tergambar sebab instinct saya kuat sangat, mungkin kerana saya sangat berpuas hati dengan diri sendiri semasa temuduga itu berlangsung dulu.. Sebab saya merasakan semangat berbeza dari temuduga kerajaan sebelum-sebelum ini.

Malam itu saya lepak dengan sahabat di Mcdonald Kajang, kebetulan ambil sahabat dari TBS. Kami lepak bercerita macam-macam kisah sampailah satu bahagian sahabat berkata secara tiba-tiba "Instinct aku kuat weh mengatakan ko akan dapat, sebab aku dapat rasakan positive vibe tu ada pada kau" saya yang tiba-tiba dengar, "aik kenapa tukar topik lain ini? kau buat aku rasa was-was.. dari tak fikir jadi memikir pula, aku kan memang selalu positif.. apa-apa pun aku doakan sahaja semoga apa yang kau perkatakan itu makbul".. Tersentak saya tapi selera makan dengan ayam goreng masih berselera :)

Tentang ibu dirumah, jangan diperkatakan setiap detik dan saat akan menanyakan selalu dan selalu.. Terima kasih ibu sentiasa menanyakan sampai saya tidak bisa berkata apa-apa lagi melainkan "tak lama lagi keluarlah tu nanti".. Tapi ibu sentiasa akhirkan kata "Insha'Allah, ada rezeki anak bujang ibu tu.. berdoa sahaja moga diperkenankan"

Jujurlah saya katakan, inilah sesuatu yang saya impikan.. Saya belajar untuk terima dan berikan segalanya yang saya ada.. Saya cuba taruhkan sebuah cita-cita supaya ia menjadi impian yang nyata suatu masa nanti.. Harapan saya memang meninggi ketika ini. Setiap dalam sujud akhir saya, tak pernah berhenti berdoa supaya DIA titipkan rasa kejayaan itu buat saya, lembutkan hati panel dalam penilaian, nampakkan bakat dan semangat saya sebagai seorang pendidik, begitu juga dengan calon-calon yang berpotensi yang lain semoga terpilih.. Hari-hari saya ulang ayat yang sama.. Saya sudah berdoa, berusaha, berikhtiar dan akhirnya saya berserah dan tawakal atas segala keputusan dan ketentuan.. Cehhh ayat PADU betul!! tapi jujur itulah saya buat.. sampai satu masa jadi tenang menjawab apa sahaja pertanyaan keluarga dan sahabat-sahabat dengan ungkapan yang positif dan akhirnya mendoakan yang baik-baik.

Hari itu... dah genap 2 bulan... saya dah lali jadi lupa.. Dekat pejabat dapat whatsapp dari sahabat "Arol jom lunch sama, lama dah tak lunch dengan ko".. saya kata "Ok, tapi kita lepak mamak ya.. aku nak aircond.. hehe".. Lepas habis makan, terus sahabat terdetik bertanya.. "Weh result ko apa cerita??".. masa tu 01/10/2019.. "dah dua bulan juga ni masih belum ada khabar berita, sikit masa lagi kot".. sahabat berkata "Insha'Allah, ada lah tu nanti".. walhal pagi tu saya baru buka website SPP tengok masih tiada dalam PENGUMUMAN RASMI

02/10/2019 (RABU) - 7.30 PM

Malam itu, saya betul-betul baru sahaja sampai rumah balik dari kerja.. Letih badan memandu dari jam 6.10 PM hingga 7.30 PM pun tak hilang lagi penatnya.. Notification berbunyi tinggggggggg!! oppss siapa messenger ni.. secret admirer kah?



Ya Allah, berdegup kencang dan laju :) Allahu, dugaan apa ini.. Nervous kian memuncak.. saya tekan sahaja link sahabat berikan itu.. dan masukkan NO IC dan tekan SEMAK. Tangan saya menutupi keseluruhan screen telefon pintar.. 

Sepanjang saya habis sekolah dari tahun 2008 sehingga 2019.. sudah berpuluh-puluh jawatan dari pegawai sehingga ke penolong pegawai dan pelbagai kementerian kerajaan saya hadiri untuk temuduga, ujian fisikal, ujian bertulis/berkomputer.. Tapi paparan di skrin bagi keputusan yang saya perolehi semuanya tertera DUKACITA.

TAPI kali ini.. saya mulai alihkan tangan sedikit demi sedikit.. dan berasa hairan kenapa panjang penuh satu skrin telefon.. Saya alihkan lagi sehinggakan terpanah dengan satu perkataan TAHNIAH!! 


Allahuakbar, betulkah apa yang saya lihat didepan mata sekarang ini??.. terus saya lari mendapatkan ibu yang baru sahaja masuk dalam toilet.. aku terus "Ibu, keluar kejap ada berita nak share ni".. Ibu pun kalut terus cakap kenapa ni.. "kenapa mata berair dan merah ni?".. terus saya tunjuk telefon.. "ibu, ee berjaya dalam temuduga hari tu..." terus air mata berair lalu peluk ibu.. Ibu pun turut sebak dan tahniah untuk anak bujangnya.. lalu ibu berkata panjang "Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk anak bujang ibu.. Allah bagi apa yang anak bujang ibu impikan selama ini.. Ada sebab dulu kenapa tak dapat sebab Allah nak bagi peluang untuk rezeki ini.. Pergilah dan berbaktilah untuk bakal-bakal pelajar nanti.. Didiklah mereka dengan cara yang berhemah dan jangan sesekali membeza-bezakan pelajar.." Terus dapat nasihat dari syurga saya :) ALLAHU, rezeki ini bukanlah dari hasil usaha saya seorang tapi berkat kuasa doa dari seorang IBU yang sentiasa mendoakan perjalanan anak-anaknya.. Saya tahu, bukan saya seorang sahaja yang gembira dan bersyukur.. Malah ibu lah yang paling gembira dengan kejayaan anaknya.. Saya percaya bukan doa saya sahaja yang melayakkan saya mendapat tempat ini tapi doa seorang ibu yang ALLAH angkat dan makbulkan.. Saya cuma menumpang rezeki ini atas doa-doa ibu.. Rezeki ini untuk seluruh keluarga dan sahabat-sahabat saya yang mendoakan.. Terima Kasih berikan saya kata-kata semangat dari permulaan kerjaya saya sehingga memperolehi buah kejayaan termanis dalam hidup saya..

INSYA'ALLAH.. saya bersedia untuk berkongsi ilmu kepada semua bakal pelajar saya nanti.. Saya akan cuba sedaya upaya untuk berikan mereka galakan dan semangat terutama sekali dari segi lahiriah menjadi manusia yang dapat menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara.. Ameenn :)

Sekian sahaja perkongsian berita gembira ini kepada seluruh pembaca :)
"Bila kita mengingikan sesuatu, jangan anggap ianya susah.. mudahkan sesuatu dan sentiasa positif ke atas diri sendiri untuk mencapai apa yang dihajati.. Sungguh benar untuk mendapatkan sesuatu jalannya panjang dan sukar, tapi manisnya tetap ada bila dipengakhiran jalan.. Berdoa, jangan mudah kalah dan lelah selagi kita berusaha.. cuba dan buktikan untuk dapatkan senyuman yang paling manis" Azrul Hambali

Thursday, 21 November 2019

PANGGILAN TEMUDUGA PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41



Pembuka ENTRI saya dengan sebuah pengalaman manis setelah bertahun-tahun sepi dari sebarang kemas kini. Alhamdulillah, masih ingat Password.

Saya teruskan ya..
Alhamdulillah, pada 10 Julai 2019 saya menerima satu SMS dari SPP yang menyatakan saya berjaya dipanggil temuduga di Putrajaya. Syukur sangat-sangat apabila diberi peluang bahkan ini adalah impian saya dan cita-cita yang tertanam sejak di bangku sekolah untuk menjadi seorang pendidik. Sebelum meneruskan, saya singkatkan cerita yang mana pada tahun 2012 saya pernah merasa kecewa yang teramat sangat dan betapa punahnya cita-cita saya apabila telah gagal menempatkan diri dalam temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). ISMP ini adalah ijazah dalam bidang pendidikan di Universiti Awam, bagi pelajar yang menamatkan pengajian ini akan berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Menengah mahupun Kolej Vokasional. Allahu, mungkin Allah atur corak dan perjalanan yang lain buat saya. Saya positif dengan kata-kata untuk membina diri dan impian.


10/07/2019 - 22/07/2019
Saya pergi ke website SPP untuk memeriksa slip, temuduga saya dijadualkan pada 23/07/2019 pada jam 7.30 am. Sepanjang masa yang ada hampir dua minggu, saya mulakan pencarian bahan melalui google dan juga saya terus menghubungi beberapa orang pensyarah untuk memberikan tips-tips berguna untuk menghadapi hari-hari temuduga kelak. Alhamdulillah dengan bantuan pensyarah-pensyarah dan juga hasil carian di google saya mulakan dengan menulis di dalam kertas kosong A4 (saya ini memang jenis suka menulis, makanya saya akan tulis apa saja yang saya baca di atas kertas A4). Dan saya memang tidak pernah menyedari kehadiran group telah diwujudkan di telegram bagi calon yang mendapat panggilan temuduga ini. Mesti lagi padu maklumat yang dikongsikan dalam group itu. 

Makanya ini hanya sekadar maklumat sendiri yang saya cari. Antara bentuk hasil carian yang saya fokuskan adalah seperti berikut:-
  • Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
  • Apa itu Politeknik secara keseluruhan
  • Apa itu Kolej Komuniti
  • Apa yang mereka buat? kursus, bidang, sijil-sijil
  • Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Industrial Revolution 4.0 (I.R - 4.0, 3.0, 2.0 & 1.0)
  • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PPPM)
  • Falsafah Pendidikan Negara (Sekadar ambil tahu)
  • Transformasi Pendidikan
  • Isu-isu semasa dan sedikit politik (Sekadar ambil tahu)
  • Bidang Tujahan (Saya prepare logistics, walhal IV saya untuk bidang pengajian perniagaan)
Itulah antara point-point yang saya menelaah selama hampir 2 minggu demi persediaan menghadapi temuduga SPP. Bila status berkerja ini kekangan masa untuk membuat persiapan itu agak minimum sedikit. Tapi suka untuk saya ingatkan kepada semua yang bakal menghadiri temuduga, etika berpakaian haruslah mengambil kira. Saya fokuskan lelaki kerana saya lelaki (Berkemeja, Seluar Slack Hitam, Tali Pinggang, Tali Leher, Berkasut Hitam, Nama Tag). Ini adalah perlu kerana kita memohon bagi penjawatan awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional.

Sijil-sijil Original perlu disusun rapi di dalam file mengikut checklist yang diberikan pihak SPP (print di website), begitu juga dengan salinan. Selain File, saya juga menyediakan satu portfolio mengenai diri saya (Resume, Pengalaman, Penglibatan dan juga Kejayaan yang pernah diperolehi sepanjang pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda)

23 JULAI 2019 (Hari kejadian)

Saya bangun tidur luar dari kebiasaan rutin iaitu jam 4.00 AM (sebenarnya tak boleh lelap mata kerana di minda terlalu banyak berfikir apa yang bakal ditanya oleh panel). Saya keluar rumah jam 6.15 AM, sepanjang perjalanan saya kosongkan minda dan fokus kepada pemandu, walhal saya bawa sungguh perlahan untuk mengatasi tahap gementar. Saya jarang breakfast (cuma beli air minirel, roti, gula-gula). Saya sampai dan park jam 7.00 AM, lihat sudah berbaris panjang calon-calon diluar. Jam 8.10 AM baru selesai dapatkan pass (dekat sini mesti tinggalkan lesen, diambil gambar dan juga no-telefon). Berjalan menuju ke bangunan SPP, 8.20 AM masuk ke bilik menunggu dan melakukan proses penyerahan file. Tapi sedikit menunggu dari 8.20 AM sehingga jam 2.15 PM baru nama saya dipanggil untuk masuk ke dalam Bilik Temuduga 8 dan untuk pengetahuan saya di kelompok yang paling akhir (Saya jenis malas nak menunding jari kepada sesiapa dan apa sebab lambat, cuma saya positif kan diri dan mungkin menjadi satu asbab atas kesabaran menunggu sebelum menemui kejayaan ini).

JAM 2.15 PM - 4.00 PM (BILIK TEMUDUGA 8)

Bila sudah mula berbaris diluar pintu bersama calon-calon yang lain. Jujur cakap memang tersangatlah gementar dari luaran tapi terus terang dari dalaman sungguh bersemangat (mungkin sebab terlalu lama menunggu). Tiba masa untuk menonjolkan diri, Ketuk pintu lalu masuk dalam (beri salam atau hormat kepada panel) menuju ke tempat duduk masing-masing. (Ada calon yang nervous dan lalu terduduk terus, ingatnya sahabat-sahabat.. walau IV dimana sekalipun, jangan terus duduk.. Tunggu sampai diarahkan atau kita minta izin untuk duduk).

Sesi terus bermula dengan memperkenalkan diri masing-masing (nama, tarikh lahir, tempat lahir, ijazah sarjana muda, tahun graduasi, pengalaman kerja dan pekerjaan sekarang). Dari situ aku menjual semua pengalaman industri yang ada bermula dari menjadi Tenaga Pengajar di Kolej Swatsa, Malindo Airways Sdn Bhd, Tropicana Medical Centre/Thomson Hospital Kota Damansara dan Siti Khadijah Group Sdn Bhd. Saya pun nak detailkan sesuatu soalan yang diberikan ketika itu, mungkin ingat-ingat lupa, apa yang saya boleh berikan seperti dibawah ini:-
  • Fahamkan apa itu KBAT.. adakah anda sudah bersedia untuk menerima pelajar ini? (pemikiran jauh luar dari kotak, ada banyak fasa.. huraikan dari 1 sampailah akhir) boleh google :)
  • Apakah tindakan atau kaedah untuk terima pelajar ini nanti (sesuatu dalam pembelajaran)
  • TVET? Fahamkan.. (peranan, fungsi, pencapaian, skala, dll)
  • FIN TECH dalam arena global, cashless, BitCoin (libatkan diri dalam transaction seharian, easy to connect, networking sangat close with us)
  • PPPM (baca, kalau boleh fahamkan beberapa pelan yang ada)
  • I.R 4.0 adakah Malaysia sudah bersedia? Pendapat dan Kenapa (Olahkan dari I.R 1 hingga I.R 4.0)
  • Lain-lain soalan spontan berkait rapat politeknik dengan isu-isu di atas.
  • Pengurusan, kursus dan lain-lain (untuk melatih kemahiran tenaga pengajar dalam pembelajaran dan juga pengalaman industri). (saya jual nama Malindo Airways dengan kursus dan latihan yang pernah hadir)
  • Pendidik? Kenapa? (saya jual juga pengalaman saya selama 1 tahun 8 bulan sebagai Tenaga Pengajar di Kolej Swasta)
  • Soalan berkaitan bidang, ada laa dalam 2 3 soalan tapi saya kaitkan dengan isu-isu yang ditanyakan diatas.. 1) Pengajian Perniagaan 2) Aspek Pengurusan Industri yang boleh digambarkan dalam situasi pembelajaran 3) Pengurus dan Keusahawanan (waktu ini saya jual nama Siti Khadijah Group Sdn Bhd, nak mak teringin nak pakai telekung siti khadijah)
  • Rujuk website SPP dan tahu serba sedikit fasal SPP dan JPPKK.
  • Kalau boleh bahasa gunakan terms2 bahasa pengurusan dan keluarkan segala ilmu dan juga pengalaman yang diperolehi di dalam industri. Insha'Allah benda-benda ini sangat membantu disamping menjadikan kita lebih berani dan melontarkan pendapat dan idea.
Akhir kata, saya puas hati dengan diri saya. Saya cuba menjadi luar biasa walaupun saya cua orang yang biasa. Terima Kasih kepada Panel SPP dan wakil Politeknik menyantuni kami dari awal hingga akhirnya. Pengalaman manis seumur hidup :)

Semoga bermanfaat untuk kalian yang membacanya dan kepada yang mendapat panggilan temuduga SAYA DOAKAN KHABAR KEJAYAAN MENGIRINGI KALIAN :)

Tunggu ENTRI yang seterusnya jika rajin tangan ini menulis :)